Oleh NIZHA PERIASAMY, JAGATHESWARY NARAYANAN dan NOOR ASHREEN ISMAIL
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Laporan kenaikan harga susu termasuk produk tenusu tempatan naik dalam tempoh terdekat ekoran peningkatan harga bahan mentah barangan tenusu di pasaran dunia dianggap spekulasi semata-mata.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) menegaskan, spekulasi tersebut yang hangat diperkatakan ketika ini oleh sesetengah pihak adalah tidak benar sama sekali.
Justeru beliau menasihatkan pengguna supaya tidak perlu bimbang sebab harga susu masih dikekalkan seperti biasa dan belum ada lagi sebarang kenaikan.
“Namun oleh sebab harga jualan susu bukan berada di bawah produk kawalan harga, jika berlaku kenaikan pada masa depan, kementerian tidak berkuasa mengambil sebarang tindakan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan berhubung harga tepung susu tanpa lemak yang merupakan bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat lebih AS$3,000 (RM9,630) satu tan metrik pada tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) dalam suku keempat tahun lalu.
Comments dr Red@News : Habis lah kalau susu naik. Yelah susah lah kpd ibu bapa yg ramai ada anak kecil lagi..Ianya akan membebankan mereka lagi..dgn gaji yg kecil..harga minuman juga akan naik jika harga susu naik..harap kerajaan akan membuat kajian yang mendalam terhadap kesan kenaikan harga susu. (Harap2 Dutch Lady tak naik kan harganya coz anak aku minum susu Dutch Lady)
No comments:
Post a Comment