Nov 27, 2010

 

JIPABAN

Pelbagai koleksi boleh didapati di http://www.jipaban.com


Oct 11, 2010

PETUA-PETUA TRADISIONAL

1. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.

2. MENGHILANGKAN KEDUT

Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

3. TUMIT KAKI TIDAK PECAH

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.

4. HILANGKAN DARAH TINGGI

Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.

4. PENAWAR BISUL/KUDIS


Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.

He innovated low cost, long haul aviation by putting Malaysia on global map!


In July 2007, Azran was appointed as Chief Executive Officer of AirAsia X, the world’s first truly low-cost long-haul airline. He led the start-up team that developed the business plan, raised capital, secured relevant licenses and approvals, acquired aircraft and launched AirAsia X’s first inaugural flight to the Gold Coast, Australia in November 2007.

Despite a tumultuous 2008 and 2009 in global aviation, AirAsia X has expanded from one aircraft to nine, tripling revenue and passenger volume to RM750 million and over 1 million passengers in 2009.

AirAsia X now flies to eleven destinations in Australia, Greater China, India, Korea and Europe. AirAsia X operates with the world’s lowest long-haul unit cost and the world’s highest aircraft utilization. Its London route is the longest low-cost flight in service today. AirAsia X has been recognized as the 2008 Best New Airline and jointly awarded the 2009 Airline of the Year award with AirAsia Berhad. Azran has twice been nominated for CEO of the Year award by the World Low Cost Airline Congress in London.

Azran was formerly an Associate Partner of McKinsey & Company, an international management consultancy, where he co-led its Asia Pacific Corporate Finance & Strategy practice. He holds a Masters degree in Management Science and a Bachelors degree in Electrical Engineering, both from Stanford University.

He is 38 years young, a competitive Ultimate Frisbee player, a keen surfer and snowboarder, and has completed several full marathons.

A prolific international speaker, Azran has been invited as one of the Young Leaders at the 2010 World Islamic Economic Forum and represented Malaysia as one of Asia Society’s 2009 Asia 21 Delegates.

Sumber: www.adoimagazine.com

Oct 8, 2010

~Harga Susu Naik Hanya Spekulasi~

Oleh NIZHA PERIASAMY, JAGATHESWARY NARAYANAN dan NOOR ASHREEN ISMAIL
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Laporan kenaikan harga susu termasuk produk tenusu tempatan naik dalam tempoh terdekat ekoran peningkatan harga bahan mentah barangan tenusu di pasaran dunia dianggap spekulasi semata-mata.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) menegaskan, spekulasi tersebut yang hangat diperkatakan ketika ini oleh sesetengah pihak adalah tidak benar sama sekali.
Justeru beliau menasihatkan pengguna supaya tidak perlu bimbang sebab harga susu masih dikekalkan seperti biasa dan belum ada lagi sebarang kenaikan.
“Namun oleh sebab harga jualan susu bukan berada di bawah produk kawalan harga, jika berlaku kenaikan pada masa depan, kementerian tidak berkuasa mengambil sebarang tindakan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan berhubung harga tepung susu tanpa lemak yang merupakan bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat lebih AS$3,000 (RM9,630) satu tan metrik pada tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) dalam suku keempat tahun lalu.

Comments dr Red@News : Habis lah kalau susu naik. Yelah susah lah kpd ibu bapa yg ramai ada anak kecil lagi..Ianya akan membebankan mereka lagi..dgn gaji yg kecil..harga minuman juga akan naik jika harga susu naik..harap kerajaan akan membuat kajian yang mendalam terhadap kesan kenaikan harga susu. (Harap2 Dutch Lady tak naik kan harganya coz anak aku minum susu Dutch Lady)

“You Again?”

poster

Hem.. ada new movie lah yang bakal di tayangkan pada 21 Oktober ni… movie apa ekk.. tajuk movie kali ni ialah “You Again?” Jom kita pakat ramai-ramai pi tengok movie ni, tapi Nuffnang bakal memberikan 2 tiket percuma yang bakal di tonton pada 22 Oktober nie…so just my lovely wife and me jelah nampaknya.hehehe…

To dear Nuffnang team, I hope I can get the 2 tiket “You Again?” …(kipas beb)

So this time I kena story lah sket about something related dgn entry yang bertajuk “You Again?” ni.. maybe cerita masa aku kat university dulu..(oh, bestnya zaman “U” dulu but ada spoil skit pasal this mamat)

Nasiblah sape yang terasa…sorry guys..

Masa aku kat U dulu, adalah sorang mamat ni yg budget2 agak hensem lah konon2nya.. Asal ada amoi yg cun je..mesti dia nak try..asal dia nak try, mesti ada amoi cun lalu kat situ..kadang2 tu kitaorg leh budget dh..bila ada student baru masuk..mesti kitaorg kata lah..Dia Lagi?..mcm lah dh tak ada hero Malaya yg ada kt U tu..

Sampailah kitaorg gelarkan dia mamat DIGI..hah, korang nak tau mana dpt nama DIGI tu tk ..? singkatan dari DIa laGI? Tu yg jd DIGI tu..

Ada 1 hari tu, masa kitaorg tgh jln2 kat foyer, mamat DIGI ni tgh dok baek dok ayat ada minah ni..but minah ni buat tak lyn je dgn mamat DIGI ni..then masa kitaorg masuk class English, minah yg mamat DIGI tu pun masuk class kitaorg, but bkn student beb, lecturer English kitaorg da..Apa lagi, aku tgk muka mamat DIGI tu terkulat-kulat dh..

Hah, tu lah..next time jgn nak try je semua amoi kt luar tu.. Hah? Dia lagi??

(ni tak ada kena mengena dgn DIGI yg 1 lagi tu, just singkatan je dr Dia Lagi je)

~Kahwin Sekampung~

Ketika pulang untuk beraya di kampung, Leman diajukan soalan oleh ibunya.

Ibu : Man, ko ni bilanya nak kawin. Umur pun dah tua lanjut..
Leman : Alah ibu ni..asal orang balik kampung tak soalan lain nak di tanya..kawin..kawin..
pening lah.
Ibu : Yelah, aku ni dah tua Man woii...nak juga timang cucu..kan senang dari dulu ko kawin
dengan orang sekampung dengan kita..senang jaga ibu ni hah..
Leman : Tak nak lah ibu kahwin sekampung..susah lah nanti..
Ibu : Apa yang susahnya Man ooiii....cuba ko bagitau kat aku ni..
Leman : Yelah ibu...macam mana dari dulu lagi Leman tak setuju..Orang laki ni ibu, boleh kawin 4
orang je dalam 1 masa..Ibu suruh Leman kawin SEKAMPUNG. Tak ke pening nanti..
SEKAMPUNG

~First Time Dibedah~

Seorang pesakit jantung yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.

"Encik kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati encik"

"Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah."

"Oh, ye ke..Takpe encik jangan risau, sebab saya juga kali pertama buat pembedahan ini, saya sama sekali tidak merasa takut..."

Oct 7, 2010

Yovie & The Nuno – Dia Milikku


semula ku tak tahu

engkau juga kan ingin memilikinya

bukankah ku lebih dulu

bila engkau temanku

sebaiknya tak mengganggu


reff:

dia untukku, bukan untukmu

dia milikku, bukan milikmu

pergilah kamu, jangan kau ganggu

biarkan aku mendekatinya


kamu tak akan mungkin mendapatkannya

karena dia berikan aku pertanda juga

janganlah kamu banyak bermimpi, oooh


dia untuk aku


bukankah belum pasti

kamu juga kan jadi dengan dirinya

dia yang menentukan

apa yang ’kan terjadi

tak usah mengaturku


reff2:

dia untukku, bukan untukmu

dia milikku, bukan milikmu

lihatlah nanti, lihatlah saja

biarkan aku mendekatinya


kamu tak akan mungkin mendapatkannya

karena dia berikan aku pertanda juga

janganlah kamu banyak bermimpi, oooh


kusarankan engkau mundur saja, ooo


repeat reff

repeat reff2


dia untuk aku

bukan, dia untuk aku



Lirik lagu Yovie & The Nuno – Dia Milikku ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 terbaru.

Oct 6, 2010

~Go GreEn~

1. Reduce usage of air-conditioners
2. Drive less
3. Avoid use of plastic containers
4. Converse water
5. Recycle
6. Switch off!- Turn off all power switches when not use

Save our earth

Oct 5, 2010

~GreEn CoNcePt~

The Green Concept seeks to fulfill the demand for an improved approach to better living and a cleaner environment. We collectively work with a network of engineers and scientists, through education, research, and demonstration to meet and exceed those demands.

With our 100% natural nano-photocatalytic surface coatings and breakthrough application process we will provide significant benefits to your structure (residential or commercial) and its inhabitants through:

  • Self cleaning surfaces
  • Improved indoor air quality
  • Odor elimination
  • Significant savings in energy and maintenance costs
  • Reduction in smog, pollution, and bio- buildup

The Green Concept is dedicated to helping our clients maintain a healthy, clean, and safe environment.

~BanGuNan HiJau JiMaT TeNaGa~


Bangunan kerajaan sama ada baru atau sedia ada digalak mengutamakan ciri dan reka bentuk bangunan hijau atau green building bagi menjimatkan kos operasi sekali gus mengurangkan perbelanjaan untuk kerja penyelenggaraan sehingga 60 peratus.

Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata konsep bangunan hijau itu mungkin memerlukan kos lebih tetapi bagi tempoh panjang ia memberi keuntungan dalam pelbagai aspek.

"Bagi kerajaan, kementerian ini akan mencadangkan pada masa akan datang supaya bangunan kerajaan (memberi keutamaan) dalam reka bentuk berdasarkan ciri bangunan hijau.

"Ciri ini membantu mengurangkan kos operasi sebagai contoh, bangunan lama kementerian tenaga air dan komunikasi yang kurang menggunakan tenaga elektrik.

"Dalam keadaan dunia mengalami pemanasan global, kita memerlukan usaha ke arah pelaksanaan bangunan hijau dan menerusi Indeks Bangunan Hijau (GBI) ini diharap memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai manfaatnya," katanya selepas menyampaikan ucaptama pelancaran dan forum Indeks Bangunan Hijau (GBI) di sini, semalam.

Bangunan yang menekankan konsep ini dinilai berdasarkan enam kriteria GBI Malaysia iaitu keberkesanan tenaga, mutu persekitaran dalam bangunan, pengurusan dan perancangan kawasan secara lestari, sumber dan material, mutu air dan inovasi.

Enam garis panduan itu memberi peluang kepada pemaju dan pemilik bangunan untuk mereka dan membangunkan bangunan hijau yang boleh jimatkan tenaga, air dan persekitaran lebih sihat kepada masyarakat.

Terdahulu pada majlis pelancaran, Shaziman berkata, kajian di Malaysia menunjukkan bangunan di negara ini secara purata menggunakan 250 hingga 350 kilowat-jam meter persegi setahun.

Bagaimanapun, jika menggunakan reka bentuk bangunan hijau ia akan menjimatkan kurang 200 kilowat-jam meter persegi setahun.

"Saya harap perkara ini diberi penekanan oleh arkitek Malaysia dalam mereka bentuk bangunan kerajaan pada masa akan datang," katanya.

- BERITA HARIAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...